Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Balik Pulau petanda kelemahan di Pulau Pinang
Diterbitkan:  Aug 26, 2013 5:26 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Walaupun berjaya mempertingkat undi popular di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kehilangan sokongan di Parlimen itu memberi petanda kelemahan yang perlu diatasi dan tahap pentadbiran yang perlu diperkasa.

lim guan eng interview 160813 01 "Sememangnya krisis keyakinan orang awam terhadap institusi awam harus diatasi dan usaha-usaha transformasi dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terus didokong bagi merealisasikan visi ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar," katanya.

Ketika berucap sempena penganugerahan darjah kebesaran negeri itu hari ini, ketua menteri itu berkata, secara keseluruhan, Pakatan Rakyat berjaya menambahkan undi popular sebanyak 10 peratus, kepada 68 peratus.

Menurut Lim lagi, gabungan itu juga berjaya menambahkan satu kerusi kepada 30 daripada 40 Dewan Undangan Negeri (DUN), mencerminkan sokongan padu rakyat negeri itu.

Semasa pilihan raya umum Mei lalu, BN menang di Balik Pulau, yang merangkumi seluruh Pantai Barat Pulau Pinang, dengan menambah jumlah pengundi sebanyak 42 peratus dan majoriti sebanyak 1,539.

Pada 2008, Pakatan menyapu bersih kerusi Parlimen di bahagian pulau dan hanya kalah dua kerusi di tanah besar.

ADS