Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Kes bunuh dengan senjata api naik lepas mansuh EO
Diterbitkan:  Aug 28, 2013 12:36 PM
Dikemaskini: 11:35 PM

Perangkaan yang didedahkan polis menunjukkan jumlah kes bunuh dan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata api meningkat lebih sekali ganda selepas pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Amat Datuk Hadi Ho Abdullah mendedahkan data tersebut dalam satu majlis pada 24 Ogos lalu ketika mengulas mengenai kejadian tembakan yang berlaku hampir setiap hari pada bulan lalu.

Data itu menunjukkan, dalam tempoh 18 bulan sebelum pemanduhan tersebut – dari 21 Jun 2010 hinga 21 Disember 2011 – seramai 57 orang terbunuh akibat tembakan senjata api.

Jumlah itu meningkat 103.5 peratus kepada 116 kes pembunuhan dengan senjata api dalam tempoh 18 bulan sejak pemanduhan tersebut – dari 22 Disember 2011 hingga 26 Jun 2013.

Sebanyak 31 kes cubaan membunuh dengan senjata api turut direkodkan dalam tempoh 18 bulan sebelum pemansuhan tersebut, dan jumlah itu meningkat kepada 63 kes dalam tempoh 18 bulan selepas pemansuhan berkenaan.

Kejadian pembunuhan dan cubaan membunuh tanpa senjata api pula meningkat sebanyak kira-kira 20 peratus dalam tempoh sama.

Perangkaan polis menunjukkan bahawa kejadian jenayah keganasan meningkat dalam tempoh sama walau kadar jenayah secara amnya menunurun.

Secara umumnya, kes pembunuhan, cubaan membunuh, rompakan berkumpulan tanpa senjata apim pemerasan, merusuh dan ugutan jenayah meningkat sebanyak 5 peratus dalam tempoh sama.

Polis juga menyebut bahawa seramai 87 peratus dari tahanan Ordinan Darurat dan individu yang ditahan bawah Akta Kediaman Terhad, berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Daripada jumlah 4,763 individu itu, seramai 1,812 (atau 38 peratus) merupakan Melayu, 33 peratus India dan 22.5 peratus tahanan Cina.

Menurut data tersebut, 86 peratus daripadanya bekerja sendiri atau dengan majikan.

Polis sebelum ini menyebut bahawa 71 peratus daripada anggota gengster terdiri dari masyarakat India.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di majlis sama berkata tiada bukti yang menunjukkanbahawa bekas tahanan Ordinan Darurat terlibat dalam peningkatan jenayah melibatkan senjata api.

Katanya, statistik polis menunjukkan bahawa hanya seramai 263 daripada 1,577 tahanan yang dibebaskan daripada tahanan mengikut akta tersebut telah melakukan jenayah berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS