Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li mahu berundur sebagai ketua bahagian
Diterbitkan:  Aug 30, 2013 3:27 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di Gua Musang.

    

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baru yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya

    

NONE Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

    

PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baru yang dapat menggantikannya.

    

"Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan BN Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di Gua Musang hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut.

    

"Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 September ini untuk bertanding atau tidak," katanya.

    

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baru parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 September (untuk Majlis Tertinggi).

    

- Bernama

ADS