Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Nelayan di perairan Sabah tak perlu bimbang

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, nelayan di perairan Sabah tidak perlu bimbang berhubung kes "penculikan" yang berlaku di Pulau Mabul baru-baru ini.

Beliau menasihatkan agar para nelayan berhati-hati serta memberi jaminan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diwujudkan kementeriannya itu akan diperkukuhkan.

"Bagi saya bukan bimbang, (tetapi) mesti hati-hati. Tapi maklumat terkini yang disampaikan pihak-pihak berkenaan jangan ambil tindakan melulu. Kita mempunyai saluran yang boleh tangani supaya ianya tidak menular dan jadi lebih serius.

"Insiden dua tangkapan itu jangan kita cetuskan keadaan tak terkawal. Tapi saya percaya apa yang kita wujudkan itu (ESSCOM) mempunyai satu kelebihan yang jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Timur Tengah. Ini kelebihan yang ada di Asean dan ini yang perlu kita perkukuhkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa menghadiri majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahan Nasional (UPNM) di ibu negara hari ini.

Rabu lalu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek menafikan laporan berlaku kes penculikan nelayan di Pulau Mabul.

Sebaliknya Mohamad Mantek berkata, dalam kejadian pada Selasa di tengah laut antara Pulau Denawan dan Mabul itu, dua nelayan ditahan oleh individu yang menaiki bot pancung serta mengesahkan kumpulan itu tidak ada kaitan dengan tentera Sulu.

ADS