Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemaju beralih kepada pembangunan bernilai tinggi bukan semata-mata untuk mendapat keuntungan lebih banyak, tetapi kerana tidak mampu hidup dalam segmen rumah mampu milik, kata beberapa pemaju harta tanah.

Bendahari Kebangsaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) NK Tong semalam berkata, pemaju tidak mampu terjun ke segmen itu kecuali kosnya dikurangkan, antaranya melalui pemberian tanah untuk pembangunan.

Tong berkata demikian semasa sesi dialog berhubung pembangunan bandar anjuran Kementerian Kewangan sebelum ini.

Malah, wakil Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) menyatakan kos pembinaan sahaja untuk rumah mampu milik bernilai RM150,000 dan RM180,000 - sebelum kos tanah difaktorkan bersama.

"Malah untuk mereka, agensi kerajaan, sudah banyak itu kos - wakil itu menunjukkan kosnya yang tinggi, kami tidak boleh jual lebih murah lagi," kata Tong. "Kamu harus cari kaedah untuk turunkan kosnya."

"Salah satu (caranya) ialah kos tanah, satu lagi ialah dengan membiarkan kerajaan membinanya," cadang Tong. "Kerana kerajaan tidak perlu membuat untung, ia melakukannya untuk alasan sosial".

[Baca berita penuh]

ADS