Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'K'jaan perlu kurang belanja selepas kenaikan bahan api'

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya berikutan kenaikan harga bahan api semalam untuk menunjukkan bahawa ia serius dalam mengurangkan defisit fiskal, kata Pemuda Umno.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain meminta rakyat menanggung pengurangan subsidi, kerajaan perlu membuktikan melalui penjimatan dan langkah-langkah untuk mengelak ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat Umno hari ini selepas mesyuarat jawatankuasa kerja sayap tersebut hari ini.

Katanya, kerajaan perlu melihat untuk menyediakan bantuan yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti pemberian wang tunai BR1M dan potongan cukai, di samping mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar.

Di samping itu, beliau menggesa kementerian perdagangan dalam negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga yang tidak berpatutan ekoran kenaikan harga petrol.

Rafizi diminta berdebat di Parlimen

Ditanya sama ada anggota kabinet perlu membayar petrol mereka sendiri seperti yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Khairy yang juga menteri belia dan sukan, berkata kerajaan sebaliknya sedang mengkaji langkah-langkah yang lebih menyeluruh.

Sebagai contoh, tegas Khairy, beliau telah meminta ketua setiausaha kementeriannya supaya mengawasi perbelanjaan mengurus dan lebih berhemat.

Beliau juga menolak cabaran Rafizi untuk berdebat secara terbuka mengenai topik tersebut, dengan menegaskan bahawa Parlimen adalah pentas yang lebih sesuai dan yang terbaik untuk tujuan itu.

Khairy berkata, beliau pernah berdebat dengan Rafizi mengenai Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan isu-isu lain di luar Parlimen kerana ketika itu Rafizi belum lagi menjadi ahli Parlimen.

Sekarang, tegasnya, Rafizi telah menjadi MP, maka beliau sepatutnya tahu bahawa Dewan Rakyat adalah pentas utama untuk perbahasan politik di negara ini.

Beliau menambah bahawa terdapat kekangan masa untuk berdebat di luar Parlimen, dan di Parlimen juga membolehkan isu-isu dibincangkan secara mendalam.

[Baca berita penuh]

ADS