Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chua dakwa Liow sudah tiga kali mendesaknya berundur
Diterbitkan:  Sep 7, 2013 4:07 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mendakwa timbalannya sudah tidak sabar untuk menjadi presiden parti itu yang baru.

NONE Beliau mendakwa Timbalan  Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) telah berjumpa dengan beliau sebanyak tiga kali selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk memintanya supaya berundur.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , Chua berkata, dalam perjumpaan pertama sejurus selepas PRU13 pada 5 Mei, Liow juga bertanya sama ada beliau boleh mengetepikan resolusi supaya pemimpin parti untuk tidak menyertai kabinet.

"Saya memberitahu beliau bahawa resolusi boleh ditarik balik, tetapi ini perlu diputuskan oleh para perwakilan pusat. Mesyuarat agung luar biasa harus dipanggil oleh perwakilan pusat  selepas pilihan raya," Chua dilaporkan katanya.

Mesyuarat agung tahunan MCA pada tahun 2011 memutuskan bahawa pemimpin parti itu tidak akan menerima pelantikan kerajaan sekiranya ia kalah teruk dalam PRU13 .

mca cc meeting 050913 chua soi lek Chua (kiri) dilaporkan berkata, dalam pertemuan kedua dan ketiga, Liow

bertanya kepadanya bila beliau (Chua) akan bersara dan memintanya (Chua) memberi tarikhnya supaya dia boleh mengambil alih sebagai presiden.

Menurut perlembagaan parti , apabila presiden berundur, timbalannya boleh mengambil jawatan itu tanpa menjadi pemangku presiden .

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kulim Semalam, Chua berkata beliau agak diam sejak lima bulan lalu kerana dia tidak mahu membangkitkan masalah parti secara terbuka dan kemudiannya mengambil keputusan mendedahkan perkara itu ekoran diserang bertubi-tubi oleh puak Liow.

Reaksi Liow

Sementara itu, dalam reaksinya, Liow membidas Chua, dengan mendakwa bahawa presiden MCA itu cuba mengalihkan perhatian daripada kes Tee.

"Kes Tee telah melanggar resolusi mesyuarat agung tahunan. Chua tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dan mengheret isu-isu yang tidak berkaitan," kata Liow dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Liow, oleh kerana Chua telah mengisytiharkan pada 6 Mei bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi dalam MCA itu, maka dakwaan tentang percubaan untuk memaksa beliau berundur adalah tidak wujud.

Liow juga berkata Chua pada 11 Mei, sebelum mesyuarat presiden MCA, telah menjemput beliau untuk berbual bagi menyampaikan hasratnya untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS