Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk menuntut pampasan dari SYABAS atas kerugian daripada gangguan bekalan air.

Tuntutan itu difailkan bagi pihak 15 orang penduduk Ampang dan Pandan susulan gangguan bekalan air pada Disember tahun lepas dan Ogos baru-baru ini akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju.

Menurut Rafizi yang juga pengarah strategi PKR, tuntutan itu difailkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Tambahnya, Seksyen 53 akta itu menyatakan bahawa setiap perkhidmatan yang diberi kepada pengguna dianggap dijamin ketelitian dan kemahiran munasabah secara tersirat.

Katanya, SYABAS sepatutnya menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, berhati-hati dan cekap, dan penduduk tidak sepatutnya kembali menghadapi masalah yang sama dalam tempoh beberapa bulan.

"SYABAS menjalankan tugas ini tanpa teliti dan tidak berkemahiran - sebab itu rumah pam and paip selalu rosak - dan itu telah melanggar hak pengguna yang boleh membuat tuntutan di tribunal," katanya.

Menurutnya lagi, penduduk menuntut pampasan sebanyak RM50 bagi setiap kerugian sehari daripada gangguan itu.

[Baca berita penuh]

ADS