Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ulama PAS: Jika merugikan, keluar dari Pakatan
Diterbitkan:  Sep 16, 2013 3:46 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Perak Nor Azli Musa berkata parti itu mungkin menarik diri dari Pakatan Rakyat jika kerjasama dalam gabungan tersebut tidak menguntungkan parti.

Nor Azli dalam satu laporan Sinar Harian hari ini berkata beliau tidak menolak kemungkinan tersebut ketika mengulas mengenai cadangan untuk mengkaji semula kerjasama tersebut.

NONE "Kita tidak berhasrat untuk keluar, tetapi jika kajian semula yang akan dilakukan nanti menunjukkan kepada tiada kebaikan kepada parti sendiri, mungkin ia akan sampai kepada keputusan untuk keluar (Pakatan Rakyat)," katanya.

Beliau menambah, kajian semula itu bagi memastikan kekuatan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita perlu yakin terhadap kajian ini, tidak semetinya untuk memperbaiki, jika benar ia merugikan, maka keluarlah," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan berkenaan turut memetik kenyataan ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berkata kerjasama berkenaan haram dijalankan sekiranya membawa mudarat kepada perjuangan Islam PAS.

"Sekiranya hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf yang dilaksana selama ini menepati syariat ditetapkan syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan.

"Namun, jika sebaliknya dan mendatangkan keburukan, maka haram dilaksanakan," kata Nasrudin.

Kenyataan itu timbul walau mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan agar usaha kajian semula kerjasama tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz berkata, kajian untuk berundur dari Pakatan Rakyat juga hanya akan menguntungkan Umno.

ADS