Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu belanjawan: K'jaan AS mula hentikan khidmat
Diterbitkan:  Oct 1, 2013 2:23 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sebahagian perkhidmatannya bermula hari ini ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republican, yang enggan meluluskan belanjawan untuk tahun depan.

Laporan agensi menyebut, wakil parti Republican meletakkan syarat agar usaha presiden Barack Obama untuk menambahbaik sektor kesihatan dilengahkan terlebih dahulu sebelum belanjawan itu diluluskan.

US president Barack ObamaTempoh untuk membuat rundingan tersebut berakhir pada tengah malam semalam tanpa sebarang persetujuan walau Obama menyatakan rayuannya.

Tindakan itu menyebabkan lebih 700,000 kakitangan kerajaan negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, tanpa jaminan pampasan.

Ekoran itu juga, taman negara dan muzium akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan tergendala.

Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses namun program yang dianggap penting seperti kawalan udara dan pemeriksaan makanan akan diteruskan.

Pejabat belanjawan Rumah Putih mula mengeluarkan notis kepada agensi persektuan untuk memulakan penutupan perkhidmatan secara teratur menjelang tengah malam.

Langkah berkenaan menyebabkan pasaran saham AS terjejas hari ini ekoran kebimbangan pelabur ke atas situasi politik di negara itu.

Beberapa penganalisis bagaimanapun berpendapat bahawa kesan serius ke atas ekonomi hanya akan berlaku sekiranya penutupan perkhidmatan itu berlaku lebih dari beberapa hari.

- Agensi

ADS