Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Nyawa terancam, rumah panjang dibakar, kampung ditenggelami air'

Penduduk Penan dari Ulu Murum, tempat ampangan hidroelektrik telah dibina, kini bimbang akan kehidupan mereka sekarang kerana pihak polis telah memecahkan sekatan yang mereka adakan di mana kira-kira 300 orang menuntut pampasan yang mencukupi atas kehilangan tanah dan kehidupan mereka.

Menurut peserta protes itu, Punokawan Jalung, 30 hingga 40 anggota polis bersenjata "pistol dan mesingan" datang memecahkan sekatan mereka dan menghalang peserta protes itu menghalang proses menakung air di empangan tersebut.

Punokawan, yang berada di balai polis Belaga ketika dihubungi berkata, salah sebuah rumah panjang juga telah dibakar dan penakungan air itu mengakibatkan tujuh kampung Penan ditenggelami air, semua tanpa notis.

"Ia seperti kerajaan cuba untuk membunuh kami. Rumah panjang Long Wat telah dibakar minggu lepas, dan kami memulakan sekatan kami pada 18 September.

NONE"Pada 22 September, kita perasan bahawa pekerja telah mula menyekat sungai untuk memulakan takungan. Kami cuba menghalang mereka tetapi polis datang dengan bersenjata.

"Kami takut kerana kita nampak mereka mengisi senjata mereka di depan kita, tetapi kita tidak menggunakan kekerasan terhadap para pekerja. Kita hanya mahu mereka menghentikan takungan tersebut," katanya.

Semalam, katanya, pihak polis datang untuk memecahkan sekatan dan menahan seorang peserta protes, Ngang Buling, yang telah membuat laporan terhadap Sarawak Energy Bhd berhubung perkara itu pada hari Isnin.

Dalam kekecohan itu, seorang pegawai polis, Inspektor Sufian telah melepaskan tembakan amaran ke udara.

"Mereka kasar dengan kami. Salah seorang daripada mereka cuba menumbuk salah seorang peserta protes tetapi kami menghalangnya. Kami memberitahu mereka jika anda tangkap Ngang, maka tangkaplah kami semua. Dia bukan pemimpin kami tetapi salah seorang daripada kami" katanya.

Ngang dibebaskan pagi ini, sebelum tamat tempoh reman 24 jam, manakala 30 Penan berkenderaan selama satu setengah jam untuk sampai ke balai polis Belaga untuk membuat laporan.

NONEKatanya, mereka laporan berhubung tindakan tidak wajar Inspektor Sufian melepaskan tembakan tersebut dan pembakaran rumah panjang itu.

"Kita akan kembali ke Murum untuk meneruskan sekatan. Kami menuntut pampasan yang mencukupi sejak lapan tahun sekarang, dan apa kita semua tuntut adalah supaya kerja-kerja dihentikan supaya kita boleh meneruskan rundingan."

Antara lain, penduduk Penan itu meminta RM500,000 dan tanah seleuas 2.5 hentar bagi setiap keluarga, serta hak mencari makanan dan memburu di hutan rizab hutan.

"Semuanya kini telah ditenggelami air, rumah kita, ladang kita, segala-galanya. Bagaimana kita akan hidup sekarang?"

[Baca berita penuh]

ADS