Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Allah akan tanya saya di Padang Mahsyar
Diterbitkan:  Oct 10, 2013 9:04 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi sasaran kecaman hebat kerana menyokong dasar "tembak dulu" oleh polis, hari ini menjustifikasikan pendirian anti-jenayahnya atas dasar "kemanusiaan sejagat".

zahid hamidi astro awani 101011"Tembakan hampir setiap hari, pembunuhan hampir setiap minggu, ia harus ditangani. Kalau tak kredibiliti saya bukan sahaja disoalkan oleh

orang ramai, tapi di Padang Mahsyar, Allah akan tanya pada saya," kata dalam temubual secara langsung dengan Astro Awani hari ini, mengenai pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dikritik oleh kumpulan hak asasi.

Dengan "kemanusiaan", Ahmad Zahid (kiri) berkata beliau memikirkan tentang hak-hak mangsa jenayah dan polis yang menjadi mangsa keganasan jenayah.

"Tugas besar saya (adalah) untuk menjaga majoriti rakyat. Saya hargai pandangan berbeza dari pembangkang, blogger, media portal.

"Dalam emansipasi dan transformasi yang dijalankan tentu pendapat diraikan. Tapi soalnya, kenapa hanya aspek perundangan? bagaimana (dengan aspek) kemanusiaan?

"Bagaimana aspek polis yang menjadi mangsa? Tak seorang pejuang hak asasi manusia melawat keluarga mangsa polis mati dibunuh. Tak juga MP yang mana ibu bapa mangsa tinggal di kawasan mereka," katanya.

Menurutnya, pengkritik merasakan PCA menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Sebaliknya, Zahid berkata, ia adalah untuk penjenayah, yang "sepatutnya menjadi musuh semua orang, pembangkang atau tidak, NGO atau tidak".

Beliau juga menegaskan bahawa PCA tidak akan digunakan terhadap musuh politik dan tidak perlu "risau untuk berbeza pendapat".

Temubual selama 20 minit di Analisis Awani, bagaimanapun, tidak menyentuh tentang sokongan menteri itu bagi polis untuk menembak penjenayah yang disyaki, sebelum mereka didakwa di mahkamah.

Zahid menjadi bahan berita antarabangsa, dan dikecam kumpulan hak asasi, selepas rakaman ucapannya di satu majlis kerajaan, yang diperolehi Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

ADS