Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua CID: 'Tembak dulu' hanya dengan bukti jelas

 VIDEO | 1:49 MINIT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mempertahankan kenyataan 'tembak dulu' oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan mendakwa bahawa menteri itu menggesa anggota polis bertindak mempertahankan diri sekiranya mempunyai "bukti yang jelas".

hadi ho"Bukti yang jelas" yang dirujuk oleh Hadi ialah contoh-contoh di mana suspek penjenayah melepaskan tembakan, mengeluarkan senjatanya dan menembak anggota keselamatan.

Beliau berkata umum perlu merujuk kepada kenyataan Zahid itu dalam konteks sepenuhnya di mana menteri itu berkata jika ada bukti yang jelas.

Dengan memberi contoh, Hadi berkata sekiranya polis membuat serbuan dan penjenayah melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan, maka itu adalah bukti yang jelas.

[Baca berita penuh]

ADS