Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy, Shahrizat dan Mas diisytihar menang
Diterbitkan:  Oct 12, 2013 6:15 PM
Dikemaskini: 8:49 PM

VIDEO | 2.35 mins

dikemaskini 3.55am Keputusan rasmi yang diumumkan setakat jam 3.55 pagi Ahad ini oleh Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menunjukkan Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat 100 undi manakala Khairy Jamaluddin memperolehi 97 undi dan masing-masing diisytiharkan sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita Umno Malaysia.

Manakala Mas Ermieyati Samsudin pula mendapat 96 undi dan diisytihar sebagai ketua puteri Umno Malaysia.

Manakala keputusan rasmi bagi jawatan naib ketua dan exco semua sayap akan diumumkan menjelang tengahari hari Ahad  melalui kenyataan media kepada semua media.

Sebelum itu, Khairy dan calon-calon utama berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana pengumuman keputusan rasmi pemilihan tiga sayap Umno itu dibuat sejak petang tadi.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga hadir dengan ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Empat lagi calon yang bersaing untuk jawatan ketua Pemuda ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Khairy yang berpakaian Baju Melayu, tiba PWTC bersama isterinya sekitar jam 9.50 malam..

Shahrizat pula tiba di PWTC dengan ditemani suaminya, Datuk Mohamad Salleh kira-kira jam 10:35 malam.

Mas Ermieyati tiba di PWTC bersama para penyokongnya kira-kira jam 10.15 malam.

Keputusan rasmi sehingga jam 3.55 pagi Ahad ini adalah seperti berikut. Jumlah undi tidak rasmi dalam kurungan.

WANITA

Ketua Wanita:

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil       : 100 undi (98)

2. Raihan Suleiman Palestin                :  1 undi (1)

3. Datuk Maznah Mazlan                    :  1 undi (3)

   

Naib Ketua Wanita:

   

1. Datuk Azizah Mohd Dun                 : 26 undi (54)

2. Datuk Suraya Yaacob                    :  9 undi (12)

   

PEMUDA

   

Ketua Pemuda:

1. Khairy Jamaluddin                              : 97 undi (115)

2. Syed Rosli Syed Harman                     : 0 undi

3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi   : 0 undi

4. Irwan Ambak Khalid Izhar                    : 0 undi

5. Abd Karim Ali                                    : 0 undi

   

Naib Ketua Pemuda:

1. Khairul Azwan Harun          : 14 undi (64)

2. Mohamad Iruan Zulkefli      : 6 undi (10)

3. Jamawi Jaafar                  : 8 undi (22)

4. Lokman Noor Adam            : 3 undi (4)

       

PUTERI

   

Ketua Puteri:

1. Mas Ermieyati Samsudin             : 96 undi

2. Jamilah Hanim Othman               :  12 undi  (26)

   

Naib Ketua Puteri:

   

1. Zahida Zarik Khan                   : 28 undi (56)

2. Norsabrina Mohd Nor                : 15 undi (31)

3. Nazliah Ali                              : 7 undi (17)

Sehingga 9.30 malam ini, keputusan rasmi menunjukkan dua lagi calon ketua Wanita - Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman belum mendapat sebarang undi. Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi menunjukkan Maznah mendapat undi pertama dari bahagian Cheras, diikuti bahagian Jerantut dan Rompin.

Sementara itu, wakil kepada seorang calon yang bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga jam 8.45 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairul Azwan Harun mendapat 64 undi.

Manakala keputusan tidak rasmi bagi calon-calon lain ialah Jamawi mendapat 18 undi, Mohamad Iruan (6) dan dan Lokman (3).

[Berita lanjut menyusul]

 

 

 

 

 

ADS