Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR persoal 'larangan' ke program Anwar
Diterbitkan:  Oct 16, 2013 12:09 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

PKR menuntut penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang didakwa menghalang mahasiswa Australia daripada menghadiri program berkaitan demokrasi dan perbezaan pendapat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi Fadzil PC DBKL - 2 Aug 2013"Saya ingin meminta penjelasan dari pihak JPA dan khususnya Pejabat Penasihat, Konsulat Malaysia di New South Wales apakah benar e-mel ini dihantar oleh pegawai berkenaan?" soal pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi (kanan) melampirkan e-mel yang didakwa berhubung perkara itu, yang sebahagian kandungannya berbunyi:

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak terlibat."

Justeru, Fahmi berkata, jika benar, insiden itu membawa implikasi besar terhadap kebebasan akademik mahasiswa yang dihantar untuk belajar di luar negara.

"Mengapa emel yang ditulis sebegini rupa, yang lebih berbentuk 'ancaman' dari 'nasihat', perlu dihantar? Adakah ia sebahagian dari Prosedur Operasi Standard (SOP) JPA,"soal Fahmi.

Dengan sinis, Fahmi juga berkata, golongan 'moderat' dan 'progresif' dalam Umno perlu menjelaskan pendirian mereka terhadap apa yang disebutnya sebagai budaya mengongkong minda itu.

"Jika emel ini benar telah dihantar, maka jelas kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Umno-BN teramat paranoid dan terancam dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim hingga mahasiswa pun menjadi sasaran ancaman," katanya.

ADS