Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campurtangan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang akan diadakan Ahad ini.

Ini ekoran kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa "seseorang telah mengadu" kepada timbalan pengerusi BN tentang EGM parti itu di mana usul celaan terhadap Liow akan dibentangkan.

NONEBaru-baru ini, kata Liow (kanan), ada orang yang cuba mengelirukan perwakilan pusat MCA dengan menuding jari padanya dalam mesyuarat tertutup dan SMS, dengan mengatakan beliaulah orang yang meminta timbalan perdana menteri campurtangan dalam EGM MCA tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Liow berkata tuduhan dan fitnah itu tidak berasas dan sengaja mahu merosakkan nama baiknya.

Ahli Parlimen Bentong berkata beliau tidak pernah mengadu kepada timbalan perdana menteri tentang EGM tersebut.

Mengenai siapa yang mengadu kepada timbalan perdana menteri, Liow berkata pihak media boleh bertanya terus kepada Chua atau timbalan perdana menteri.

[Baca berita Penuh]

ADS