Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah'
Diterbitkan:  Oct 22, 2013 3:32 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Raja-raja Melayu patut bertitah menyatakan pandangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah 'Allah', kata pakar perlembagaan.

NONEIni kerana, menurut Dr Abdul Aziz Bari (kiri), perkara itu berkait dengan kebebasan asasi seperti kebebasan beragama dan pentadbiran Islam yang tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kementerian dalam negeri mengenakan larangan penggunaan 'Allah' dalam mingguan Katolik berbahasa Malaysia menggunakan alasan ketenteraman dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kes Mamat Daud pada 1998 di Mahkamah Agung apabila "ketenteraman awam" terpaksa memberi laluan kepada faktor-faktor lain.

"Kerajaan kalah kes itu kerana memasukkan alasan ketenteraman awam untuk mendakwa pihak yang menganjurkan solat berasingan di Terengganu dan isu dua imam ditolak oleh mahkamah tertinggi," katanya.

"Oleh itu, kita perlu mendengar apa yang hendak dititahkan oleh raja-raja berhubung kes The Herald bagi mengetahui pendirian mereka.

NONE"Bawah perlembagaan, mereka ketua agama Islam dan mereka patut menggunakan kuasa mereka. Raja-raja tidak terikat dengan nasihat kerajaan."

Raja-raja Melayu patut bertitah melalui Majlis Raja-Raja Melayu sama ada kesemua sembilan anggotanya mempunyai pandangan yang sama.

"Kita tunggu dan dengar apa Raja-Raja nak titah; tak perlu kita sangsi kemampuan mereka. Kita kena objektif.

"Bila mereka sudah buka mulut nanti, barulah kita buat komen.

"Sekarang elok kita tunggu dan kita kena profesional dan objektif," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS