Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5 rebut jawatan timbalan presiden PAS
Diterbitkan:  Oct 24, 2013 1:04 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Jawatankuasa Pemilihan PAS hari ini mengumumkan lima tokoh PAS disahkan sebagai calon untuk merebut jawatan timbalan presiden, menutrut

Laporan Harakahdaily menyebut, jawatankuasa itu menerima pencalonan untuk Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu ( bawah ), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabu Menurut laporan tersebut, dua pencalonan dibuat untuk jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun jawatankuasa itu hanya menerima satu pencalonan.

Jawatankuasa tersebut ketika dihubungi Malaysiakini berkata, satu daripada pencalonan tersebut ditolak kerana tidak mendapat pencalonan secukupnya.

Namun, Abdul Hadi perlu mengesahkan penerimaan pencalonan tersebut untuk membolehkannya menang tanpa bertanding.

Selain itu, jawatankuasa itu juga menerima 10 pencalonan untuk jawatan naib presiden – iaitu untuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

ADS