Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO l 1:05 minit

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sesetengah menteri kanan yang tidak hadir bagi mengikuti perbahasan beliau berhubung Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata tindakan menteri kewangan enggan berbuat demikian kerana "keangkuhan kuasa" sehingga tidak mahu mendengar apa yang ingin dibahaskan pembangkang.

NONE"Saya menteri kewangan lapan tahun, setiap kali membahaskan, YB Ipoh Timur, YB Kota Melaka, saya dengar, kerana saya angggap, adil. Dia dengar ucapan belanjawan saya, hari Jumaat.

"Hari Isnin, saya dengar walaupun telinga sakit juga sikit-sikit. Ini praktis demokarsi yang harus berlaku. Keengganan ini (dengar perbahasan) kerana keangkuhan kuasa.

"Ini bicara seolah-seolah bicara kepada orang pekak. Tak mahu dengar semua sekali," katanya ketika membahas Bajet 2014 si Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kekesalan Anthony Lok (DAP-Seremban) bahawa Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah tidak hadir sewaktu ahli parlimen Permatang Pauh membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014.

Sindir bil elektrik rumah PM

Ketua Umum PKR itu turut menyindir Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berjimat ekoran bil elektrik kediaman rasmi kedua-dua tokoh yang mencecah jumlah jutaaan ringgit.

seri perdana official pm residence big 231105"PM tunjuk contoh yang baik, padamlah setengah lampu. Daripada RM2 juta jadi satu juta, pun tak apalah, adalah sikap nak berjimat. Ini tidak. Sampai (bil) dua juta," katanya.

Bagaimanapun, jawapan tersebut mengundang reaksi Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyampuk bahawa jumlah itu meliputi kedua-dua kompleks.

"Yalah, itu kompleks, YB Arau. Kompleks luas tapi tak payah nak cerah ke semuanya malam tu. Tidurlah sama," kata Anwar dalam loghat Utara sambil diirngi ketawa ahli parlimen yang lain.

ADS