Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada peningkatan ketara kes jenayah kekerasan

Perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan tiada menunjukkan perubahan ketara dalam jumlah kejadian jenayah kekerasan daripada tahun lalu hingga September tahun ini.

Perkara itu didedahkan melalui satu jawapan bertulis oleh Kementerian Dalam Negeri di Parlimen, walau kerajaan sebelum ini mendakwa jumlah kejadian jenayah kekerasan meningkat di seluruh negara.

Dakwaan tersebut menjadi alasan kerajaan untuk mengemukakan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah pada awal bulan ini - yang memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa bicara.

Perangkaan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa indeks jenayah dalam negara secara keseluruhannya menurun daripada 153,669 kes pada tahun lalu, kepada hanya 11,020 kes sehingga September tahun ini.

Jumlah kejadian kes jenayah kekerasan bagaimanapun hanya menurun kepada 22,357 kes sehingga September tahun ini, berbanding sebanyak 29,950 kes pada 2012.

Secara purata, ia menunjukkan kejadian 2,484 kes sebulan pada tahun ini berbanding 2,454 kes sebulan pada tahun lalu.

Data tersebut didedahkan Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) semalam.

Jenayah kekerasan itu antaranya bunuh, samun bersenjata api, samun berkawan bersenjata api yang menunjukkan penurunan tahun ini atau kekal berbanding tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS