Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Aktivis siswa KS Bawani, yang meraih populariti melalui video 'Listen, listen, listen' di Internet, memenangi salah satu kerusi dalam pemilihan majlis perwakilan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia.

Pemilihan tersebut dilihat sebagai pertandingan paling sengit di kampus berkenaan apabila 13 calon pro-Mahasiswa berjaya merebut kerusi MPP.

Kumpulan calon pro-Aspirasi pula mendapat kelebihan dua kerusi – 15 daripada keseluruhan 36 yang dipertandingkan.

Satu lagi kumpulan, dikenali dengan nama Hijrah, memenangi enam kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Kumpulan pro-Aspirasi hampir membolot keseluruhan kerusi dalam pertandingan pada tahun lalu di UUM, dengan menguasai 34 dari keseluruhan 36 kerusi.

Menurut pemimpin Barisan Siswa Progresif Goh Chee Kian, keputusan pemilihan di UUM kali ini masih “tergantung”.

Katanya, majlis perwakilan siswa hanya akan dibentuk sekiranya wakil yang memenangi kerusi menghadiri taklimat selama dua hari.

Rundingan untuk memilih pengerusi MPP juga kini sedang berjalan dengan rancak, katanya.

Katanya, Barisan Siswa Prograsif akan cuba mempengaruhi kumpulan Hijrah untuk menyokong mereka bagi membolehkan MPP dibentuk.

[Baca berita penuh]

ADS