Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO | 1.58 min

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan yang ditolaknya.

Hakim Alizatul Khair Othman berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

"Oleh itu, kami menolak rayuan itu," katanya.

Hakim juga membenarkan kos RM5,000 dibayar kepada Malaysiakini.

Keputusan itu dibuat setelah rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan arahan KDN untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbit Malaysiakini Mkini Dotcom Sdn Bhd, didengar hari ini.

Peguam kanan persekutuan Norhisham Ismail berkata, beliau akan menunggu arahan sama ada mahu merayu atau tidak terhadap keputusan hari ini.

Manakala peguam Malaysiakini K Shanmuga pula berkata, dengan keputusan itu, portal bebas atas talian itu harus menghantar semula permohonan untuk mendapatkan permit penerbitan akhbar bercetak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober 2012 membatalkan keputusan KDN kerana ia "tidak wajar dan tidak rasional".

Syarikat itu memohon menerbitkan akhbar harian dinamakan "Malaysiakini" dengan edaran 40,000 naskhah di Lembah Klang untuk dijual dengan harga RM1.

Sementara itu, Bernama melaporkan panel tiga anggota diketuai Hakim Alizatul Khair membuat

 keputusan itu sebulat suara selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak.

   

Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Varughese George.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Norhisham Ismail yang mewakili KDN, berkata Hakim Mahkamah Tinggi mungkin tidak mempertimbang alasan menteri yang terkandung dalam afidavit termasuk berhubung keperluan mengawal penerbitan akhbar yang sudah banyak terdapat di pasaran.

   

Beliau berkata menteri berkenaan juga memberi alasan mengapa KDN tidak boleh mengeluarkan permit serta mendakwa Malaysiakini.com berkecenderungan mengetengahkan berita sensitif dan kontroversiti melalui laman sesawangnya.

   

Sementara itu, Shanmuga berhujah Menteri Dalam Negeri tidak boleh menyekat hak Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar semata-mata atas alasan ingin mengehadkan persaingan antara akhbar.

   

Beliau berkata menteri berkenaan juga tidak mengemukakan sebarang alasan menolak permohonan Mkini Dotcom untuk mendapatkan permit penerbitan.

   

"Menteri berkenaan, melalui alasan yang dinyatakan dalam afidavit, menyebut KDN ingin memastikan tidak terdapat terlalu banyak akhbar di pasaran untuk tatapan umum.

   

"Mereka berkata sudah ada 75 akhbar dan mereka tidak mahu menyesakkan lagi pasaran kerana ini akan menjejas keuntungan akhbar terbabit, selain mengelirukan orang ramai kerana terdapat banyak versi bagi sesuatu berita," katanya.

ADS