Mayat bayi ditemui terapung di Sg Sarawak
Diterbitkan: Oct 31, 2013 3:12 PM | Dikemas kini: Oct 31, 2013 3:13 PM
Mayat bayi perempuan ditemui terapung di tebing Sungai Sarawak, berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong, dekat Kuching hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang sedang mencari umpan untuk mengail di kawasan berkenaan pada pukul 11.15 pagi.
"Mengikut maklumat awal, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat terapung di bawah jambatan baru berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong.
"Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.