Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Terima wang untuk undi, haram di mata Allah

SG LIMAU Ketika melangkah ke pusingan akhir kempen 12 hari di pilihan raya kecil Sungai Limau, calon PAS, Mohd Azam Samat mengingatkan para pengundi bahawa menerima wang sebagai balasan untuk undi adalah haram di mata Allah.

Azam berkata, sejak kempen bermula pada 23 Oktober, para menteri kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan peruntukan berjumlah RM15 juta kepada sekolah (sekolah agama dan Cina), penanam padi , peneroka Felda dan masyarakat nelayan.

NONEAzam , 37, memberitahu pengundi Sungai Limau bahawa mereka

mempunyai hak untuk memilih wakil mereka sendiri, tetapi pilihan itu mestilah datangnya dari hati.

Ketika ditemui di majlis PKR di Kg Selengkoh semalam, Azam berkata, ia tidak boleh datang dari wang yang diberikan supaya "pemberinya boleh mencapai matlamatnya".

Sebagai umat Islam, tambahnya, terdapat tiga jenis pemberian - hadiah (bagi mereka yang sudah berada), sedekah (bagi mereka yang memerlukan), dan rasuah di mana pemberinya mengharapkan sesuatu sebagai balasannya.

Oleh itu, graduan Universiti Al -Azhar itu yang ketua dewan Pemuda PAS Jerai itu, berharap pengundi Sungai tahu perbezaan antara pemberian yang dihalalkan Allah - ini dalam kategori pemberian dan amal - dan yang dikutuk oleh Allah, iaitu rasuah.

Mengenai kemampuannya untuk meneruskan peranan ADUN Sungai Limau sebelum itu yang juga bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu, Azam berkata, pengalaman beliau sebagai pendidik, guru agama dan pentadbir politik, akan menjadi satu kelebihan.

Di Kampung Selengkoh semalam, Azam bertemu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Sungai Limau untuk membantu PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu di mana pengundian bakal berlangsung Isnin ini.

Azam berkata ia adalah kali pertama beliau berkongsi pentas bersama Anwar, dan menganggapnya sebagai "penghormatan".

Terdahulu, dalam satu temubual dengan KiniTV Azam berkata, beliau juga mendukung "politik aman " seperti juga calon BN Ahmad Sohaimi Lazim, 53, yang merupakan seorang pensyarah universiti.

Katanya, ini kerana keluarga dan rakan-rakan mereka terdapat dalam kedua-dua parti itu, dan politik sedemikian telah diamalkan oleh semua wakil rakyat negeri sebelum ini, sama ada dari BN atau PAS.

Beliau melahirkan harapan bahawa BN, yang berjaya menawan semula Kedah daripada PAS dalam pilihan raya umum Mei lalu - akan memenuhi janji mereka untuk membaiki jalan-jalan di Sungai Limau dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan.

[Baca berita penuh]

ADS