Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.

Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.

Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.

Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .

"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.

"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee.

[Baca berita penuh]

ADS