MP Penampang Ignatius Darell Leiking berkata beliau kesal dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menolak usul tergemparkan untuk untuk mengkaji semula Perkara 20 dan Perkara 18 dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Menurut Darell, beliau mengemukakan usul berkenaan untuk membolehkan kajian dijalankan sama ada kandungan perjanjian itu telahpun dipenuhi.
Katanya, usul berkenaan berdasarkan beberapa perkembangan termasuk kes pencerobohan di Lahad Datu dan kes penggunaan kalimah Allah yang menurutnya mencabar asas penubuhan Persekutuan Malaysia.
"Tidakkah semua insiden ini yang memberi kesan kepada Sabah merupakan hal yang perlu disegerakan?," kata Leiking sewaktu membacakan kenyataannya pada sidang media di lobi Parlimen.
Dalam suratnya kepada speaker dua hari lalu, Leiking berkata usul itu dibentangkan kerana kajian itu boleh dilihat sebagai ""pembaharuan ikrar perkahwinan" untuk mengeratkan lagi hubungan rakan kongsi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
[Berita penuh menyusul]
