Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Hukuman mati S'pura diringankan, M'sia bila lagi?
Diterbitkan:  Nov 15, 2013 12:38 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

azlanBeliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.

Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.

[Baca berita penuh]

ADS