Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib hari ini mengambil kesempatan dalam muktamar dewan itu untuk menjelaskan dakwaan ulama PAS "gila kuasa" kerana mahu mengkaji semula hubungan dalam Pakatan Rakyat.

NONE Ketika merasmikan muktamar itu, beliau mendakwa, usul 'Multaqa' (pertemuan) Ulama PAS di Kedah September lalu telah "disalah tafsir", menyebabkan muktamar mereka hari ini berlangsung "agak panas".

"Kita bukan tamak kuasa. Kita bukan gila kuasa. Tetapi parti PAS adalah sebuah parti berteraskan Islam dan undang-undang tertinggi adalah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qias.

"Maka dalam waqi' (realiti) hari ini siapa yang lebih faham dasar parti selain daripada ulama?

"Kita tidak memperlekeh dan merendahkan orang yang bukan daripada ulama," jelasnya.

Mengulas mengenai semakan semula kerjasama PAS dalam Pakatan, Harun menjelaskan, ia tidak bermaksud memutus atau memecahkan gabungan itu, tetapi menyemak "demi keuntungan Islam".

"Ia dikaji dari sudut setakat mana Islam dapat dilaksanakan di negeri yang kita perintah," katanya di Shah Alam hari ini.

'Apakah syariat dinobatkan?'

Sementara itu, dalam ucapan ucap utamanya yang dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob, Harun mengulas prestasi dan kejayaan parti dalam Pakatan yang berjaya mengekalkan pentadbiran di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang..

NONE Katanya, sekalipun tumbang di Kedah, parti itu berjaya menambah kerusi di Pahang dan Terengganu.

"Sebagai sebuah gerakan dakwah dan siasah, perjuangan PAS tidaklah bermatlamatkan kemenangan di dalam pilihan raya semata-mata, tetapi matlamat utamanya ialah mencari keredaan Allah dengan memanfaatkan kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya untuk melaksanakan Islam," katanya.

Justeru, beliau melontarkan persoalan sama ada kejayaan menerusi Pakatan dapat menobatkan syariat Islam dalam pentadbiran dan undang-undang.

ADS