Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah hadiri ceramah kesesatan Syiah
Diterbitkan:  Nov 26, 2013 4:13 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk Kesesatan dan Fahaman Syiah' di Seri Perdana, Putrajaya.

Ceramah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ustaz Mohd Aizam Mas'od.

Ustaz Mohd Aizam dalam ceramahnya selama dua jam itu antara lain menerangkan ciri-ciri amalan penganut fahaman syiah yang jauh menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau menasihatkan hadirin supaya berhati-hati dengan penyebaran ajaran sesat ini yang berselindung melalui agensi pelancongan, buku-buku agama dan risalah serta media sosial.

Katanya kelompok syiah di seluruh dunia kini berjumlah 200 juta orang yang sebahagian besar berada di Iran, Iraq dan Afghanistan.

Selain menjelaskan salasilah kemunculan ajaran sesat itu, beliau turut memaklumkan di rantau nusantara sahaja, golongan syiah kini berjumlah 2 juta orang di Indonesia, Thailand (21,000 orang), Singapura (5,000 orang) dan Malaysia (1,500 orang).

Selain anggota Bakti, antara yang hadir pada majlis ceramah itu ialah waki Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Keluarga Polis, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

- Bernama

ADS