Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH mahu hantar petisyen pada Agong untuk SPR baru

Selepas pemilihannya hari ini, jawatankuasa pemandu baru Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH), akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru bagi menggantikan ahli yang sedia ada.

NONE Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang mengambil alih dari

Datuk S Ambiga berkata, untuk fasa seterusnya, gabungan 90 NGO itu akan menjelajah ke seluruh negara bersama dengan enam wakil serantau yang baru yang akan dipilih.

Tetapi yang pertamanya, ia mempunyai tiga permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk melantik ahli SPR.

"Kami menuntut supaya semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan serta-merta, dan proses persempadanan semula dihentikan sehingga SPR baru dipilih...

"Dan daftar pemilih mesti disemak semula dengan penyertaan masyarakat sivil," kata Maria yang membaca draf surat kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya.

Surat itu akan dihantar dalam masa kira-kira sebulan lagi selepas mengumpul tandatangan dari sebanyak NGO yang mungkin.

NONE Maria berkata SPR sekarang telah kehilangan kepercayaan rakyat,

dengan memetik kritikan dalam Laporan Pemantauan Pilihan Raya dan Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) dan kegagalan suruhanjaya itu untuk menggunakan dakwat kekal yang betul dalam pilihan raya umum ke-13.

"SPR telah terbukti berat sebelah, tidak bebas dan tidak bertindak adil, berdasarkan kenyataannya baru-baru ini yang berat sebelah, dan kegagalan mereka untuk menegakkan undang-undang semasa pilihan raya dan malah selepas PRU13," katanya.

Beliau berkata BERSIH merayu kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Artikel 114 (2) perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka hendaklah menimbang secara serius sama ada ahli SPR mendapat kepercayaan rakyat sebelum dilantik.

Apabila ditanya siapa yang patut berada di dalam SPR yang baru, Maria mengulangi tuntutan gabungan itu bahawa ahli-ahli SPR boleh dipilih dari kalangan masyarakat sivil dan bukannya anggota suruhanjaya yang lain. Mereka boleh dari kalangan bekas hakim, peguam, dan ahli jawatankuasa BERSIH juga perlu dipertimbangkan.

bersih 3 rally 030512 01 Gerakan pembaharuan pilihan raya itu telah menganjurkan tiga

perhimpunan besar di jalan-jalan di Kuala Lumpur sejak 2007, untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil .

"Jika permintaan kita diabaikan, maka BERSIH 4.0 tidak boleh diketepikan," kata Maria, tetapi menambah bahawa selain petisyen itu, BERSIH juga menunggu laporan daripada tribunal rakyat mengenai GE13 sebelum mempertimbangkan tindakan yang lebih drastik.

  [Baca berita Penuh]

ADS