Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perwakilan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain mendakwa isu candi Lembah Bujang telah dimanipulasi pihak pembangkang sehingga menjadi isu besar negara.

Tajul menganggap kenyataan ahli parlimen PKR N Surendran ( bawah ) menyebabkan ramai salah faham keadaan sebenar dan bagaimana kedudukan candi tersebut.

NONE "Bagaimana sebuah isu boleh diputarbelitkan dari isu kecil yang tidak kecoh kepada isu besar yang menggugat keselamatan negara.

"Apa kisah sebenar di sebalik kes candi Lembah Bujang. Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran kata kes candi itu sama seperti yang dilakukan Taliban ke atas Kuil dan Patung Buddha di Afghanistan," kata Tajul ketika membahas ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung parti tersebut hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Dawai itu menerangkan kerajaan BN tidak menzalimi warisan negara tersebut malah telah berbelanja jutaan ringgit bagi meletakkan peninggalan tersebut di muzium atau mewartakan kawasan seperti di Merbuk dan Sungai Batu.

NONE "Malah Jabatan Warisan (Kedah) turut melihat aspek pelancongan dari rancangan mengekalkan candi tersebut," kata beliau.

Tajul turut bimbang jika semua kawasan candi ini diwartakan, seluruh kawasan penduduk akan hilang dan dipindahkan.

"Jika seluruh kawasan candi diwarta sebagai kawasan warisan, akan hilang satu kawasan kerana kawasan candi kecil ini bersepah. Ada di kawasan perumahan, di tepi jalan, malah rumah orang kampung," kata beliau.

Utamakan majoriti

tanjong dawai adun tajul urus mat zain Sebelum itu Tajul ( kanan ) mencadangkan kepada Umno untuk mengambil pendekatan hanya utamakan kaum majoriti iaitu Melayu setelah pendekatan meraih sokongan kaum minoriti tidak berapa berjaya.

"Semasa PRK Sg Limau, Perdana Menteri umumkan bantuan RM200 juta untuk 3 sekolah bukan Melayu di sana namun tidak membawa perbezaan jelas sokongan bukan Melayu.

"Kaedah ini tak boleh dipakai, kita utamakan majoriti bangsa di negara.

"Orang Melayu tak boleh lagi cuba harapkan sokongan bukan Melayu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS