Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah tegur pembayar zakat masih kecil
Diterbitkan:  Dec 13, 2013 1:45 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Sambil mengingatkan umat Islam supaya tidak boros dan bakhil, mimbar Jumaat hari ini menegur sikap individu dan syarikat perniagaan yang masih gagal melaksanakan kewajipan berzakat.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), walaupun terdapat peningkatan kesedaran masyarakat, nisbah pembayar zakat masih kecil.

azlanJusteru, mimbar menyeru umat Islam menyempurnakan kewajipan itu sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari.

"Yakinlah, dengan lebihan wang yang disumbangkan pasti boleh menyuburkan kasih sayang dan ikatan positif sesama insan. Jangan pula kedekut untuk memeriahkan hubungan persaudaraan," khutbah itu dipetik.

Sementara itu,mimbar juga memuji pengurusan zakat majlis agama Islam di negeri-negeri yang menurutnya telah melalui evolusi pembaharuan dan penambahbaikan seiring dengan perubahan masa, keadaan dan teknologi semasa.

"Hari ini pembayaran zakat boleh ditunaikan dengan begitu mudah dan cepat," menurut khutbah itu lagi.

"Selain dibayar melalui kaunter bayaran zakat di pejabat-pejabat kutipan zakat sedia ada, pembayaran zakat juga boleh ditunaikan melalui sistem atas bank-bank tertentu, sistem ATM, SMS, perkhidmatan kaunter bergerak dan sebagainya."

ADS