Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu: KDN yang perlu bukti tuduhan
Diterbitkan:  Dec 15, 2013 2:25 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab mengemukakan bukti kerana mendakwa beliau sebagai pengikut Syiah dan bukan sebaliknya.

Beliau mengulas gesaan oleh pegawai agama KDN, Zamihan Moat Zain yang mahu Mohamad mengemukakan bukti bagi menadikan tuduhan tersebut.

"Beban bukti di tangan mereka (KDN) kerana mereka yang menuduh saya.

"Sepanjang pengetahuan saya, itu caranya undang-undang berjalan di Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan the Star Online.

Zamihan semalam menggesa Mohamad agar berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin.

Beliau meminta Mohamad berbuat demikian sekiranya tokoh PAS itu tidak yakin dengan bukti yang dikemukakan.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan.

"Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama semalam.

ADS