Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Bicara individu 'Syiah' condong fasis
Diterbitkan:  Dec 17, 2013 11:51 AM
Dikemaskini: 5:17 AM

Tindakan mendakwa dan membicarakan dua individu di Perak kerana memiliki buku dan dokumen Syiah mendapatkan kritikan kumpulan NGO prokebebasan, yang melabelkannya sebagai fasis dan melampau.

Bagi mereka, elemen itu jika dibiarkan akan turut menyemarakkan insiden antikebebasan seperti membakar buku serta menghukum individu berbeza pendirian sama ada agama, politik atau budaya.

"Oleh itu, kami menyeru semua pihak yang tidak mahu kebebasan mereka diceroboh, yang tidak mahu suara mereka dibungkam, yang tetap setia mahukan Malaysia bangun sebagai sebuah negara yang merdeka, liberal dan demokratik untuk bersatu tegas melawan anasir melampau, fasis serta totalitarian," kata mereka.

Kenyataan itu didokong NGO prokebebasan Institut Kajian Dasar (IKD) serta dua kumpulan prokebebasan bersuara dan berfahaman Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dan Akademi Pak Sako.

The Wall Street Journal semalam melaporkan , dua individu tersebut, Dr Nur Azah Abdul Halim dan Mohammad Ridzuan Yusof hari ini dijadual dibicarakan di Taiping atas kesalahan melanggar fatwa negeri dengan memiliki bahan bacaan Syiah.

Dalam kenyataan mereka semalam juga, tiga kumpulan itu melihat tindakan terhadap Nur Azah dan Mohammad Ridzuan bertentangan dengan perlembagaan, semangat Rukun Negara dan prinsip kebebasan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan Malaysia.

"Kami juga berpandangan tindakan untuk mendakwa penganut Syiah ini adalah satu gejala penafian terhadap realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dan toleran," kata mereka.

Dalam kenyataan bersama itu juga, mereka mengkritik slogan 1Malaysia yang kini menurut mereka tinggal slogan kosong apabila perdana menteri gagal menjamin kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

ADS