Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

mat sabu pas youth agm 211113 01 Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang.

(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.

"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.

Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.

Pelantikan Mohamad, yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilihat diberi tugas itu bagi melancarkan kembali gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.

Mohamad yang hadir dalam sidang media tersebut, menganggap tidak ada masalah besar" dengan pertukarannya dengan Salleh sebagai pesuruhjaya.

"Pertukaran adalah perkara biasa dalam organisasi," katanya bagi menjawab soalan pemberita sama ada pertukaran itu dibuat ekoran isu yang dibangkit menjelang muktamar parti itu November lalu.

Biro tetap pengurusan bencana

Dalam sidang media itu juga, Mohamad mengumumkan pelantikan lantikan baru untuk jawatan dalam jawatankuasa Pusat PAS, seperti berikut:

  • Asmuni Awi dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Ahmad Yaakob yang memohon melepaskan jawatan kerana kesibukannya sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS Kelantan.
  • Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, bekas setiausaha Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil dan bekas naib ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dilantik sebagai penolong setiausaha.
  • Bekas pesuruhjaya PAS Anuar Tahir dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat dan mengetuai Lajnah Pekerja.
Mohamad juga mengumumkan penubuhan Lajnah Pusat Pengurusan dan Bencana yang diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub.

Katanya, ia dijadikan biro tetap dalam jawatankuasa PAS untuk menyelaras bencana alam yang berlaku.

ADS