Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP S'gor ikrar sokong Anwar tanding di Kajang
Diterbitkan:  Jan 29, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

DAP Selangor memberikan sokongan penuh kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat, PKR, untuk memastikan kemenangannya dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dan untuk Selangor yang lebih kuat.

"DAP Selangor ingin mengisytiharkan sokongan penuh kami untuk calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti," kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Dalam satu kenyataan, Pua berkata, DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangannya dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau menegaskan bahawa sebagai rakan yang setia, DAP tidak akan meninggal atau mengkhianati PKR ketika parti itu memerlukan sokongan penuh mereka.

Sejak lima tahun lepas, tambahnya Pakatan Selangor telah membuktikan kebolehannya untuk mentadbir negeri itu dengan cara yang telus dan bertanggungjawab dan membasmikan penyelewengan dan rasuah yang didakwanya berlaku dalam pentadbiran sebelumnya.

"Sekiranya kemasukan Datuk 'Seri Anwar Ibrahim ke Pakatan Selangor boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi negeri-negeri lain.

"Dalam proses itu, pencapaiandalam empat tahun akan datang akan menjadi batu loncatan utama bagi Pakatan untuk memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Bagi mencapai visi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan, untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang bukan sahaja cekap, bertanggungjawab dan telus, tetapi juga mendengar dan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat, maka "kami menyeru rakyat Selangor supaya memberi sokongan penuh kepada Pakatan dalam pilihan raya kecil DUN Kajang".

ADS