Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UIA didakwa batal forum kebebasan bersuara
Diterbitkan:  Feb 3, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Sebuah NGO menyatakan kekesalannya terhadap langkah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang didakwa membatalkan sebuah forum membincangkan kebebasan bersuara dari sudut pandang agama.

Setiausaha Islamic Renaissance Front (IRF) Rizqi Mukhriz berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pembatalan terhadap forum di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) di Kuala Lumpur diarahkan UIA selaku pentadbir induk.

“Tiada alasan yang kukuh diberikan terhadap pembatalan tersebut sedang persiapan rapi telah dilaksanakan,” kata Rizqi.

Dalam kenyataanny, IRF melihat tindakan itu umpama memandang re
ndah keupayaan masyarakat terutama ahli akademik dan warga UIA untuk menilai ilmu serta kesediaan terlibat dalam proses percambahan idea.

Forum berjudul “ Is Islam A Threat to Freedom of Expression? ” (Adakah Islam ancaman pada kebebasan bersuara?) anjuran bersama IRF, ISTAC dan Penang Institute.

Ia dijadualkan berlangsung pada 16 Februari 2014 di Istac dan menampilkan Mustafa Akyol, tokoh penulis antarabangsa dari Turki dan ahli akademik Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Sharom.

Menurut IRF, ia telah lama dipromosikan kepada umum dan mendapat sambutan memberangsangkan.

NGO itu juga berkata, UIA sebelum ini pernah mengambil sikap sama dengan membatalkan di saat akhir program ilmiah anjurannya yang menampilkan ahli akademik dari Duke University, Amerika Syarikat, Prof Mohsen Kadivar tahun lalu.

Kampus induk UIA tak dimaklumkan?

Sementara itu, seorang jurucakap UIA sewaktu dihubungi memaklumkan bahawa pentadbiran kampus induk mereka tidak pernah dimaklumkan tentang penganjuran forum itu.

Menurutnya, forum itu juga tidak terdapat dalam kalendar program UIA untuk bulan Februari.

Sementara itu, panggilan telefon ke pejabat ISTAC di Bukit Tunku pula tidak dijawab, dipercayai kerana cuti sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

ADS