Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas
Diterbitkan:  Feb 5, 2014 1:52 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan perkhidmatan 20 kakitangan perbadanan itu yang ditamatkan kontrak memandangkan kepakaran dan pengalaman mereka sudah sedia ada dengan pegawai tetap di situ.

PKNS berkata keputusan itu dibuat ekoran penyusunan semula oraganisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money".

Dalam kenyataannya, PKNS berkata perkhidmatan 20 anggota itu dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baru antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan, dan pengurusan organisasi dan integriti.

"Bagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada dikalangan pegawai tetap di PKNS.

"Sehubungan itu,  anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing," kata kenyataan itu.

Semalam, dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) - anak syarikat PKNS - memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuatkuasa semalam.

   

Kesemua kakitangan PHSB itu menerima surat pemecatan - yang ditandatangani Pengerusinya Datin Paduka Norazlina Zakaria - dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi semalam.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan kontrak mereka tidak dilanjutkan.

ADS