Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapor dakwat kekal, pegawai TUDM dibicara
Diterbitkan:  Feb 6, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 4:06 AM

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperintahkan hadir di mahkamah tentera esok untuk menghadapi tujuh tuduhan membuat aduan berkaitan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

Major Zaidi Ahmad (kanan) memberitahu media SelangorKini  bahawa beliau menerima perintah mahkamah tentera semalam dan perlu hadir di kompleks mahkamah TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 manakala dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua kesalahan tersebut merujuk kepada 1 Mei, 2013, di dua lokasi berbeza - perkarangan balai polis ibupejabat polis daerah Kepala Batas dan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.

Ketika dihubungi SelangorKini , Zaidi berkata beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat jet pejuang F-5), namun telah dilucutkan jawatan.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, katanya, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

[Baca berita penuh]

ADS