Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin gesa Khalid henti hukum pesaing politik
Diterbitkan:  Feb 7, 2014 12:59 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri menghukum pesaing politiknya.

Merujuk kepada pemecatan lebih 20 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azmin menegaskan tindakan tersebut "amat tidak bertanggungjawab" dan keputusannya mesti disemak semula.

"Saya menyeru pihak yang mempunyai kuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan menindas

"Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya dilihat," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Selangor, ditamatkan kontrak sebagai ahli lembaga pengarah PKNS bulan lalu dan ia dilihat sebagai pergeseran terbuka antara Khalid dan beliau

[Baca berita penuh]

ADS