Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang ditungu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri.

Pengerusi tetapi PBB, Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) mengumumkan bahawa majlis tertinggi  bersetuju untuk mencadangkan Taib mengisi jawatan tersebut.

Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan besar oleh Taib sebagai ketua menteri, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada negara.

Bagaimanapun, Mohamad Asfia enggan menyatakan tempoh

masa bila Taib akan melepaskan jawatan ketua menteri, dan hanya menyatakan "dalam tempoh masa yang munasabah".

Namun begitu, Mohamad Asfia berkata ketua menteri baru akan mengetuai BN dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang - yang membawa maksud Taib akan berundur sebelum pilihan raya negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2016.

Beberapa pemimpin dilihat berjabat tangan Abdul Taib sebelum beliau beredar dari bilik mesyuarat tanpa memberi sebarang komen, meninggalkan Mohamad Asfia untuk berdepan dengan pihak media.

Hari ini, katanya, ketua menteri membenarkan pengerusi tetap untuk mempengerusikan mesyuarat dan meninggalkan bilik mesyuarat untuk membuat keputusan mengenai persoalan berkaitan penggantian ketua menteri.

"Dalam mesyuarat itu, satu resolusi telah diluluskan. Resolusi itu dicadangkan oleh (Ketua Penerangan PBB) Datuk Adenan Satim dan disokong oleh (Timbalan Presiden PBB) Datuk Abang Johari Openg," katanya.

Resolusi itu, katanya, memutuskan bahawa majlis tertinggi, bersama-sama dengan kaukus parti, sebulat suara memberi mandat kepada ketua menteri Sarawak yang juga presiden PBB untuk menamakan seorang pengganti pilihannya.

Mohamad Asfia  menambah bahawa isu pengganti perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pengunduran Taib dibincangkan.

Menurutnya, Taib tidak mengumumkan nama pengganti hari ini, tetapi meminta supaya ketua menteri diberi masa yang munsabah untuk berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

ADS