Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat mengikut jejak langkah bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub dengan meletak jawatan sebagai ketua menteri dan ADUN untuk menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ini bermakna kerusi DUN Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001, bakal menyaksikan berlangsungnya pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

Menurut Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi Utom, Taib telah menyuarakan kepada pemimpin BN negeri untuk meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebelum hujung bulan ini.

"Kita perlu mematuhi keperluan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan jika memerlukan adanya pilihan raya kecil, kita akan hadapinya," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di Petra Jaya hari ini.

Taib dispekulasikan merancang untuk berada di posisi yang membolehkan beliau terus mempunyai pengaruh kepada politik negeri itu selepas 33 tahun menerajui pentadbiran tertinggi Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri kini bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari ini.

Seorang yang di-Pertua Negeri dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan negeri. Gabenor adalah ahli Majlis Raja-raja tetapi tidak mendapat kelebihan penuh dan kuasa seorang sultan.

Baca berita penuh

ADS