Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini menjelaskan bahawa kenyataan beliau berhubung klip video kontroversi anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Ahad lepas tidak bermaksud menasihatkan Kok supaya memohon maaf.

    

Katanya kenyataan beliau kepada media ketika itu hanya meminta Kok lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina dan amalan umat Islam.

"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.

     

"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," beliau dipetik sebagai berkata demikian selepas majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah di Kota Kinabalu.

    

Bernama sebelum ini melaporkan Wee menasihati Kok supaya memohon maaf atas penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube itu, memaparkan Kok selaku pengacara menemu ramah tetamu yang mengeluarkan kata-kata menyindir antaranya pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

- Bernama

ADS