Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua karya seni yang merupakan sebahagian daripada satu peraduan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur telah ditarik balik semalam.

 

Satu daripadanya ialah lukisan Cheng Yen Pheng yang mengandungi perkataan "ABU=ASHES" manakala yang satu lagi ialah baju-T yang dicetak dengan huruf Arab 'Fa' dan 'Qof', oleh artis Izat Arif Saiful Bahri.

Kedua-dua karya itu telah ditarik balik sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi peraduan Bakat Muda Sezaman 2013 yang dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semalam.

Lukisan bertajuk "alksnaabknuaunmo" oleh Cheng dipercayai ditarik balik petang semalam, walaupun kedua-dua karya terpilih ke ke peringkat akhir peraduan itu.

Menurut kurator dan salah seorang juri peraduan itu, Nur Hanim Khairuddin, tiada penjelasan diberikan oleh pihak galeri keputsan menarik balik secara tiba-tiba lukisan itu yang telah dipamerkan di situ sejak bulan Oktober.

 

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya terkejut kerana ada sesi meja bulat antara juri dan pentadbir Balai Seni dan lampu hijau telah diberikan untuk kedua-dua hasi kerja tersebut.

Dari sudut pandangan juri, katanya, hasil kerja tersebut telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam katalog dan pihaknya tidak dimaklumkan ia akan ditarik balik.

"Saya mempersoalkan etika Balai Seni mengenai perkara ini,"

katanya ketika dihubungi.

video YouTube

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube pada November 2013, menunjukkan Cheng menyembur perkataan 'ABU=ASHES' pada lukisannya bagi "melengkapkan perkataan itu", yang sudah dipamerkan di galeri.

Dia kemudiannya menjelaskan definisi perkataan 'abu' dan perkataan 'ashes'.

Dalam klip yang berasingan, menunjukkan Cheng mengkritik tindakan menarik balik lukisan itu malam tadi.

 

Sambil memegang poskad lukisannya itu di hadapan dinding di mana lukisannya dipamerkan sebelum ini, dia berkata: "Ini lukisan saya. Petang ini masih ada, sekarang tidak ada. Bolehkan sesiapa beritahu saya mengapa."

Cheng didatangi pengawal keselamatan yang cuba merampas poskad itu darinya, dan mengiringi keluar, tetapi mereka yang hadir campurtangan bagi pihaknya dan memuji tindakannya itu.

 

ABU yang juga bermaksud 'Asalkan Bukan Umno'. Versi Bahasa Malaysia 'Asalkan Bukan Umno' juga anagram tajuk lukisan itu.

 

Perkataan ABU itu telah disembur pada dinding di seluruh Malaysia bagi memprotes hegemoni Umno.

 

Ketika dihubungi, Balai Seni berkata ia tidak boleh membuat kenyataan rasmi lagi kerana Ketua Pengarahnya,  Haned Masjak tidak berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari akan datang.

Bakat Muda Sezaman - peraduan karya seni yang diadakan dua tahun sekali bagi artis-artis muda - diasaskan pada tahun 1974, dan telah melahirkan artis termasuk Noor Azizan Rahman Paiman dan Tan Chin Kuan.

Karya Cheng dan Izat juga disiarkan di laman Facebook rasmi Bakat Muda Sezaman dan bahan publisiti rasmi Balai Seni untuk pamerah yang masih boleh didapati di lamanweb galeri nasional itu.

Tahun lepas, artis Anurendra Jegadeva disiasat polis berhubung lukisannya yang dikatakan menghina Islam.

 

Lukisan itu ditarik balik daripada pameran seni lukis 'M50 Selamat Hari Malaysia', sempena ulangtahun pembentukan Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS