Most Read
Most Commented
Read more like this

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menangguhkan perbicaraan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd Nor (33), kepada 28 Ogos ini.

Pendakwaraya memohon kes tersebut ditangguhkan kerana saksi utama, Datuk Abdul Ghani Patail tidak dapat hadir ke mahkamah pagi ini. Beliau yang merupakan "orang yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menjelaskan dokumen-dokumen" rasmi itu tidak hadir kerana mengendalikan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini.

[#1] Dokumen rasmi[/#] itu melibatkan siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap kes Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim menerima penangguhan tersebut dan kes ditetapkan pada 28 hingga 30 Ogos ini.

Bekas setiausaha politik Anwar itu didakwa membocorkan maklumat itu lebih kurang pukul 12.45 tengahari di Ibu Pejabat KeADILan No. 19 & 201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II, No. 15 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara dalam satu sidang akhbar pada 6 November lalu.

Lima wartawan turut dipanggil sebagai saksi pendakwaraya termasuklah seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia, The Star, agensi berita Bernama dan dua orang dari Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar mingguan Eksklusif. ["[#2] OSA: 5 wartawan saksi perbicaraan Ezam[/#] ", 31 Mei]

Ezam yang mengaku tidak bersalah pada 14 Januari lalu telah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin. Beliau yang didakwa di bawah Seksyen 8(1)(i) OSA(Akta 88) jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara mandatori satu hingga tujuh tahun.

Pagi ini Ezam diwakili oleh peguam, Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria, Asraf Abd Razak dan Hasnal Rezua, manakala pendakwaraya, Vong Poh Fah dibantu oleh timbalannya, Abdul Rahman Redza

ADS