Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Flash mob 'jangan lupa undang-undang zalim'
Diterbitkan:  Feb 15, 2014 8:16 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Pelancong telah dimaklumkan - oleh sekumpulan peserta flash mob hari ini di Menara KLCC - bahawa Malaysia adalah tempat undang-undang zalim.

Perhimpunan 20 orang sempena ulangtahun tangkapan pertama di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di mana bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan dua yang lain telah ditahan.

Protes itu dianjurkan oleh Suaram dan disokong oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM), sebagai pemanas kepada kempen 'Rakyat Protes Tahanan Tanpa Bicara' di mana beberapa protes besar dan forum  dijadualkan berlangsung.

"Kita bimbang rakyat akan lupa bahawa kita masih mempunyai undang-undang zalim (di negara ini).

"(Sekarang) mereka hanya ingat kenaikan harga dan pilihan raya

kecil Kajang," katanya penyelaras Suaram, Ahmad Syukri Ab Razab (kiri).

Selain Sosma, katanya, Akta Dadah Berbahaya serta Akta Pencegahan Jenayah juga membolehkan penguatkuasaan undang-undang untuk menahan tanpa bicara.

Protes selama setengah jam itu menimbulkan kemarahan seorang pemuda berbaju hijau yang menjerit bahawa flash mob seperti itulah yang memalukan negara dimata warga asing yang menyaksikannya.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis berdekatan cepat bertindak dan diiringi lelaki itu beredar dari situ.

Kemudian, Ahmad Syukri menafikan bahawa perbuatan mereka itu memalukan negara, tetapi sebaliknya, telah memberi orang asing peluang untuk  melihat demokrasi yang diamalkan dalam masyarakat sivil.

Peserta flash mob itu membawa sepanduk yang antaranya berbunyi "ISA/Sosma mewarisi akta penjajah" dan "Sosma bunuh hak asasi manusia".

Walaupun anggota polis yang beruniform dan berpakaian biasa, serta pengawa keselamatan hampir lebih ramai daripada jumlah peserta flash mob itu dan beberapa kali cuba untuk menghalang mereka, namun mereka tetap meneruskan protes tersebut.

Protes itu berakhir dengan kumpulan itu menyanyi empat lagu-lagu patriotik tahun 40-an, termasuk 'Darah Rakyat' dan sebuah lagu anti-Suharto dari Indonesia, 'Darah Juang'.

Indonesia, 'Darah Juang'.

[Baca berita penuh]

ADS