Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada bukti SK jamin perpaduan juga'
Diterbitkan:  Feb 17, 2014 7:36 PM
Dikemaskini: 11:48 AM

Pemuda Gerakan menyelar PERKASA dan kolumnis Ridhuan Tee Abdullah yang menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan melihat sekolah Cina sebagai halangan perpaduan nasional.

Timbalan ketuanya Andy Yong ( kanan ) berkata, kenyataan itu hanya melambangkan mentaliti sempit kerana perkara demikian bersifat subjektif.

“Apa yang dibangkitkan oleh mereka bukan satu perkara yang baru tetapi apa yang ingin saya tegaskan, kita harus melihat dari segi semua aspek sebelum menuduh bahawa pelajar-pelajar dari sekolah Cina di negara ini menggugat perpaduan negara.

“Saya bukan membela atau memperjuangkan bangsa Cina di dalam perkara ini tetapi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan, hak mengenai pendidikan vernakular dijamin di bawah Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Sama ada sekolah sedemikian menjadi halangan kepada perpaduan atau pembangunan negara, ia merupakan satu perkara subjektif.

“Ini adalah kerana tidak ada bukti untuk mengatakan sedemikian mahupun ada bukti mengatakan sekolah kebangsaan akan menjamin perpaduan,” tegas Andy.

ADS