Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menolak penafian kerajaan negeri berhubung keaslian salinan memorandum persefahaman (MOU) Selangor-pusat berhubung penstrukturan semula air, yang beredar di Internet.

Menolak kenyataan exconya Elizabeth Wong pagi tadi, Rafizi berkata, keaslian itu disahkan oleh pihak yang pernah melihat dokumen yang ditandatangani itu.

“Sumber yang pernah melihat dokumen yang ditandatangani mengesahkan ia sama dengan draf (yang beredar) ini," kata Rafizi.

Beliau juga mencabar kerajaan Selangor mendedahkan dokumen memorandum persefahaman (MOU) berkenaan sekiranya apa yang didedahkan itu tidak benar.

"Kalau dokumen (ini) bukan dokumen sebenar, tunjukkan dokumen sebenar," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Elizabeth pagi tadi berkata, “salinan” MOU yang sedang beredar di atas talian sebenarnya berbeza daripada rundingan sebenar, tanpa memberi sebarang perincian.

ADS