Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKNS mahu Azmin bantu siasatan PJ Sentral
Diterbitkan:  Mar 5, 2014 12:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mendapatkan maklumat lanjut dari bekas pengarahnya Azmin Ali dan Norazlina Jaafar berhubung projek PJ Sentral yang kini berlarutan di mahkamah.

Pemangku pengurus besar PKNS Azlan Md Alifiah dalam satu kenyataan menyebut, firma berkenaan memerlukan maklumat dari dua orang pengarah tersebut bagi membantu PKNS menjalankan kes rayuan ke atas satu keputusan mahkamah.

Ia merupakan salah satu dari siasatan dalaman berhubung satu urusniaga untuk projek PJ Sentral.

PKNS akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu yang mengenepikan samannya ke atas Nusa Gapurna Development Sdn Bhd (NGD) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) atas dakwaan melanggar kontrak berhubung pegangan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.

NGD memiliki 70 peratus pegangan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd manakala bakinya dipegang oleh anak syarikat PKNS, PKNS Holding Sdn Bhd (PHSB).

Projek PJ Sentral – dengan nilai kasar pembangunannya dianggarkan sebanyak RM3 juta oleh The Edge – dimulakan semasa pentadbiran BN di Selangor.

Pada awalnya, keseluruhan projek tersebut diusahakan oleh NGD, yang membina satu blok pejabat untuk PKNS dan menyediakan bayaran tunai.

[Berita penuh menyusul]

ADS