Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin meluahkan rasa kesal kerana kenyataan dalam tweet telah disalahtafsir sebagai tidak menghormati pengorbanan polis dan Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd.

Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, maut selepas diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian di Taman Sentosa di Klang awal Selasa lalu.

Afif berkata beliau sedih kerana mendakwa tweetnya diputarbelit dengan niat jahat oleh BN dan Umno untuk membuat beliau dilihat seolah-olah memusuhi polis.

"Dan dengan itu membuat saya kelihatan tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa," kata Afif mengulas kritikan terhadapnya.

Sebagai wakil rakyat, Afif berkata menjadi tanggungjawabnya bekerjasama dengan polis demi keselamatan dan keamanan kawasan DUN dan rakyatnya.

[Baca berita penuh]

ADS